(BM) Notis Perlindungan Data Peribadi - Jayasuriya Kah & Co
 

(BM) Notis Perlindungan Data Peribadi

(BM) Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Di Jayasuriya Kah & Co. (“Firma”), kami mengambil berat tentang perlindungan data peribadi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Firma mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi anda yang telah diberikan kepada Firma. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada Firma, berkomunikasi dengan Firma, melantik Firma untuk memberi perkhidmatan diminta oleh anda (“Perkhidmatan”) dan/atau dengan mengakses laman web Firma ini [www.jaykah.com.my] (“Laman Web”), anda dengan ini memberi persetujuan untuk pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma ini untuk tujuan-tujuan dan dengan cara yang dinyatakan di bawah:

1.
PENGUMPULAN DAN SUMBER DATA PERIBADI

1.1

Untuk tujuan Notis ini, “Data peribadi” bermaksud apa-apa data yang boleh mengenal pasti yang anda berikan atau yang telah diberikan kepada Firma ini termasuk nama anda, butiran hubungan, alamat, alamat e-mel, nombor KP atau nombor pasport, rujukan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda dan maklumat bank akaun, dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda.

1.2

Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma ini secara langsung, (seperti apabila Firma dilantik untuk memberi perkhidmatan atau semasa mana-mana komunikasi dengan Firma ini), Firma ini juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, daripada kemudahan carian atas talian, pangkalan / pendaftaran awam, maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah (termasuk jabatan kerajaan persekutuan, negeri atau pihak berkuasa tempatan, badan berkanun atau kawal selia), dan maklumat yang dikumpulkan daripada acara-acara yang dianjurkan oleh Firma dan/atau daripada kuki web yang digunakan di Laman Web.

1.3

Berkenaan Data Peribadi pihak ketiga (seperti pasangan, ahli keluarga dan rakan sekerja anda) yang mungkin anda berikan kepada Firma ini, anda menjamin dan mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membenarkan Firma untuk memproses Data Peribadi mereka seperti yang dinyatakan dalam Notis ini dan bahawa anda akan memberikan salinan Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.

1.4

Data peribadi individu di bawah umur 18 tahun akan diproses hanya dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka yang sah.

2.
TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBAD

2.1

Anda dengan ini bersetuju dan memberi persetujuan kepada Firma ini untuk mengumpul, mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan Firma termasuk dengan cara dan untuk tujuan-tujuan yang diterangkan di bawah:

  1. untuk tujuan Perkhidmatan tersebut;
  2. untuk penyediaan sebarang dokumen atau instrumen yang mungkin diperlukan untuk Perkhidmatan dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menyediakan surat-surat perjanjian, instrumen atau dokumen di mana anda merupakan salah seorang pihak kepada dokumen tersebut (cth., perjanjian pinjaman, perjanjian jual beli, perjanjian penyewaan), dan kertas kausa dan afidavit;
  3. untuk memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa pengawal seliaan atau kerajaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang atau apa-apa keperluan kerajaan yang lain;
  4. untuk tujuan pentadbiran dalaman Firma termasuk untuk pengebilan atau invois, untuk penyimpanan rekod dan untuk tujuan menjalankan semakan usaha wajar dan semakan konflik kepentingan;
  5. untuk Firma ini berkomunikasi dengan anda termasuk seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 2.3;
  6. untuk Firma ini mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan atau kerajaan; dan
  7. untuk tujuan pengambilan pekerja dan tujuan perniagaan lain yang sah.

2.2

Pemberian Data Peribadi anda kepada Firma ini adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak bersetuju untuk memberikan Data Peribadi anda, Firma ini mungkin tidak dapat:

  1. memberi Perkhidmatan yang anda perlukan; atau
  2. berkomunikasi secara efektif dengan anda.

2.3

Firma ini juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti menghantar komunikasi kepada anda seperti kad ucapan perayaan, surat berita, artikel, penulisan dan kemas kini lain, mengedarkan maklumat atau jemputan ke acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat anda; jika ada, melalui e-mel atau surat menyurat.

2.4

Sekiranya anda tidak bersetuju atau memberi persetujuan untuk Firma ini memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 2 ini, sila maklumkan kepada Firma ini dengan menghubungi Firma ini melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 7.1 di bawah.

3.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI

3.1

Untuk tujuan menyediakan Perkhidmatan, Firma ini mungkin perlu melantik syarikat pihak ketiga lain, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan tertentu bagi pihak Firma ini. Dalam hal ini, anda bersetuju dan memberi persetujuan kepada Firma ini untuk mendedah dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti berikut:

  1. bank dan institusi kewangan;
  2. pembekal insuran;
  3. pembekal kemudahan simpanan;
  4. pembekal perkhidmatan kurier;
  5. pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
  6. penasihat luar dan penasihat profesional lain, seperti setiausaha syarikat, peguam atau juruaudit; dan
  7. mana-mana pihak lain yang diperlukan oleh Firma ini bagi tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas.

3.2

Firma ini juga mungkin mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana badan berkanun, badan kawal selia dan/atau pihak berkuasa kerajaan jika dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.

4.
LAMAN WEB

4.1

Firma ini mungkin menggunakan kuki web di Laman Web. Jika anda tidak mahu Data Peribadi anda dikumpulkan melalui kuki web, sila mengkonfigurasikan pelayar internet anda untuk memadam atau menyahaktifkan kuki web.

4.2

Laman Web Firma ini mungkin mengandungi pautan kepada laman dan halaman web lain. Firma ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Data Peribadi atau maklumat yang mungkin anda berikan kepada entiti lain melalui pautan tersebut.

5.
LANGKAH KESELAMATAN

5.1

Kami berusaha, jika boleh, untuk melaksanakan langkah-langkah pentadbiran dan keselamatan yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi anda daripada pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan atau kemusnahan secara tidak sengaja, atau kerosakan, Data Peribadi tersebut.

6.
TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI

6.1

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang ditetapkan. Setelah tujuan itu telah dicapai, kami mungkin akan terus mengekalkan Data Peribadi anda bergantung pada keadaan. Jika anda bukan lagi pelanggan kami, kami mungkin memadamkan Data Peribadi anda secara kekal.

7.
PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PERTANYAAN

7.1

Anda boleh pada bila-bila masa meminta akses kepada, atau meminta untuk pembetulan Data Peribadi anda (tertakluk kepada pembayaran yuran, jika berkenaan), atau menarik balik kebenaran anda atau menyekat pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma, dengan menghubungi:

Orang Yang Boleh Dihubungi: Daniel Tan Jwee Peng (Managing Partner)

Nombor Telefon: 088-242311

Nombor Faks: 088-231250

E-mel: legal@jaykah.com.my

Alamat: Suite 208, 2nd Floor, Wisma Sabah, P. O. Box 11350, 88815 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Anda juga boleh menghubungi Firma ini melalui butiran hubungan yang tertera di atas sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma ini.

7.2

Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang, Firma ini mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda atau berhak untuk menolak untuk membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda. Firma ini mempunyai hak untuk mengenakan bayaran untuk akses kepada Data Peribadi anda mengikut undang-undang yang terpakai.

7.3

Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda, anda diwajibkan untuk menghubungi dan memaklumkan kepada Firma ini dengan segera melalui butiran hubungan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7.1 di atas.

7.4

Sekiranya anda menarik balik kebenaran anda atau menyekat tujuan dan kaedah di mana data peribadi anda diproses oleh Firma, kami mungkin tidak dapat memberikan anda Perkhidmatan yang anda perlukan.

8.
Perkara Am

8.1

Firma ini berhak untuk meminda atau mengubahsuai Notis ini dari semasa ke semasa.

8.2

Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Privasi anda adalah penting bagi kami di Jayasuriya Kah & Co. Kami komited untuk melindungi data peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Penyata ini menerangkan bagaimana kami akan menguruskan data peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi

Kami akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan data-data peribadi seperti berikut:

  • maklumat mengenai komputer anda dan lawatan anda ke dan penggunaan laman sesawang ini (yang mungkin termasuk alamat IP anda, lokasi geografi, jenis pelayar dan versi, sumber rujukan, halaman masuk, halaman keluar, jangkamasalawatan, bilangan paparan halaman, laluan diambil melalui laman sesawang ini dan maklumat yang sama);
  • maklumat berhubung dengan apa-apa transaksi yang dilakukan antara anda dan kami berhubung dengan laman sesawang ini;
  • maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan mendaftar dengan kami;
  • maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan melanggan perkhidmatan laman sesawang, pemberitahuan e-mel dan / atau surat berita kami; dan
  • apa-apa maklumat lain yang anda hantar kepada kami.
Penggunaan Data Peribadi

Data peribadi yang diserahkan kepada kami melalui laman sesawang ini akan digunakan bagi maksud yang dinyatakan dalam penyata polisi data peribadi ini atau di mana-mana bahagian yang berkaitan dengan laman sesawang ini.

Kami mungkin menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti perniagaan kami termasuk:

  • tujuan yang berkaitan atau berhubung dengan perlantikan kami;
  • komunikasi dengan anda;
  • pentadbiran dalaman kami;
  • pengambilan kakitangan dan lain-lain tujuan perniagaan yang sah;
  • peruntukan maklumat kepada pihak berkuasa dan kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan;
  • mematuhi tanggungjawab kami di bawah undang-undang;
  • apa-apa maksud lain sebagaimana yang diminta, diarahkan atau dipersetujui oleh anda; dan
  • semua tujuan lain yang berkaitan dengan atau berkenaan dengan mana-mana di atas.
Pendedahan

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pekerja, pegawai, ejen, pembekal perkhidmatan, pembekal atau sub -kontraktor setakat keperluan yang munasabah bagi maksud seperti yang dinyatakan di dalam pernyataan ini.

Selain itu, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda:

  • setakat yang dituntut untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
  • berkaitan dengan apa-apa prosiding undang-undang yang sedang atau mungkin dijalankan;
  • kepada penasihat profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada peguam, syarikat insurans, akauntan, juruaudit, perunding kewangan dan cukai;
  • kepada ejen kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan operasi atau pentadbiran, seperti perkhidmatan kurier, teknologi maklumat telekomunikasi, pembayaran, pemprosesan gaji, latihan, penyelidikan pasaran, penyimpanan, arkib, perkhidmatan sokongan pelanggan;
  • untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak-hak undang-undang kami (termasuk memberikan maklumat kepada orang lain untuk tujuan pencegahan penipuan dan mengurangkan risiko kredit); dan
  • kepada mana-mana orang yang kami percaya sewajarnya boleh memohon kepada mahkamah atau pihak berkuasa yang layak untuk pendedahan maklumat peribadi di mana, pada pendapat kami yang munasabah, mahkamah atau pihak berkuasa tersebut berkemungkinan akan memerintahkan pendedahan maklumat peribadi berkenaan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam pernyataan privasi ini, kami tidak akan memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga.
Hak untuk Meminta Akses dan Pembetulan Data Peribadi anda

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pernyataan perlindungan data kami atau anda ingin mengakses, membetulkan, menghadkan atau mengemaskini data peribadi yang telah anda berikan kepada kami, termasuk data peribadi orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda, atau membuat apa-apa pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan data itu, atau menarik balik kebenaran anda atau menghadkan tujuan dan kaedah kami memproses data peribadi anda, sila hubungi kami mengikut cara yang diterangkan di bawah: –

No. Telefon: +6 (088) 242311

No. Faks: +6 (088) 231250 / 248312

E-mel: legal@jaykah.com.my

Alamat: Suite 208, 2nd Floor, Wisma Sabah, P.O. Box 11350, 88815 Kota Kinabalu Sabah

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda telah menarik balik kebenaran anda, kami masih boleh memproses data peribadi anda dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Persetujuan

Jika kami tidak menerima apa-apa pemberitahuan daripada anda mengenai pemprosesan data peribadi anda, kami akan terus memproses data peribadi tersebut untuk tujuan yang dinyatakan di sini, atas dasar bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda sesuai dengan pernyataan perlindungan data kami.

Data Peribadi Pihak Ketiga

Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang/orang-orang yang yang data peribadinya anda diberikan kepada kami atau orang/orang-orang yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda yang boleh diproses oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di sini.

Kewajiban untuk membekalkan Data Peribadi

Sila ambil perhatian bahawa adalah menjadi kewajiban anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda kepada kami atau data yang dibekalkan kepada kami tidak mencukupi/tidak lengkap, arahan anda tidak boleh diterima . Jika anda menarik balik kebenaran anda atau menghadkan tujuan dan kaedah di mana kami boleh memproses data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat untuk terus bertindak atas arahan anda.

Semakan terhadap Penyata Perlindungan Data ini

Kami berhak untuk mengubah pernyataan perlindungan data ini dari masa ke semasa. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan versi terbaru pernyataan perlindungan data peribadi kami dengan menghubungi kami atau melawat laman sesawang kami terutamanya sebelum anda menyerahkan data peribadi tambahan.